
Ta‘āhadū Hādzā
Al-Qurān
(THQ)
Program 5 Minggu Mengulang Hafazan dan menghafaz Al-Quran secara online.
(Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui platform di bawah ini)
Tempoh Program : 21 Julai - 24 Ogos 2025
Platform : Online
Sijil Penyertaan Disediakan
Tarikh tutup pendaftaran :
20 Julai 2025
Pelaksanaan Program
Peserta akan dimasukkan di dalam grup Whatsapp khas program.
Peserta memilih waktu tasmi tetap pada setiap hari (bagi peserta yang menyertai THQ-Intensif).
Peserta memilih pakej sesi tasmi yang ditawarkan (bagi peserta yang menyertai THQ-Lite).
Sesi tasmi akan dijalankan secara online menggunakan platform Gmeet/Zoom/Whatsapp call.
Peserta memilih tahap mengikut keadaan semasa peserta (bagi peserta yang menyertai THQ-Intensif).
Musyrif/Musyrifah akan menghubungi peserta untuk sesi tasmi.
Peserta menanda checklist tasmi.
Exam/tebuk hafazan akan diadakan sekiranya peserta telah tasmi satu juzu atau lebih.
Silibus Program
THQ-Intensif
Peserta perlu memilih tahap mengikut kemampuan. Setiap tahap memiliki silibus yang berbeza. Berikut merupakan takwim mengikut tahap :
Tahap 1
Tasmi harian 1 mukasurat

Tahap 2
Tasmi harian 2 mukasurat

Tahap 3
Tasmi harian 4 mukasurat

Tahap 4
Tasmi harian 5 mukasurat

Tahap 5
Tasmi harian 8 mukasurat

Tahap 6
Tasmi harian 10 mukasurat

Tahap 7
Tasmi harian 20 mukasurat

Soalan Lazim
1. Berapa lama tempoh program?
5 minggu.2. Adakah program ini berbayar?
Ya, berbayar.3. Berapa bayaran penyertaan program ini?
Bayaran yuran pendaftaran bagi peserta yang baru sertai program adalah RM 20. Bayaran yuran komitmen pula berbeza mengikut tahap. Sila rujuk Borang Pendaftaran untuk maklumat lanjut.4. Kenapa program ini tidak dijalankan dalam tempoh bulanan?
Program ini diadakan dalam tempoh tertentu (5 minggu) supaya peserta dapat meraih target hafazan secara optimum. Ia juga memberi ruang waktu berehat bagi pengurus program atau musyrif/musyrifah.5. Bagaimana jika peserta menarik diri daripada program?
Jika peserta menarik diri setelah tempoh program bermula, yuran yang telah dijelaskan tidak dapat dikembalikan.6. Bagaimana jika peserta tidak dapat memberikan komitmen dalam beberapa hari di sepanjang program?
Peserta akan diminta kepastian sama ada ingin meneruskan program atau tidak. Sekiranya peserta masih lagi berminat melanjutkan program, peserta diberi masa dalam beberapa waktu untuk melanjutkan semula program.7. Bagaimana jika peserta tidak dapat memenuhi target hafazan yang dipilih?
Peserta tetap akan diberikan sijil berdasarkan hafazan yang berjaya ditasmi'.8. Adakah peserta akan tasmi setiap hari?
Jadual tasmi harian mengikut takwim berdasarkan tahap yang dipilih. Ada beberapa waktu peserta diberikan waktu rehat (tidak tasmi).9. Apa perbezaan antara THQ-Intensif dan THQ-Lite?
THQ-Intensif ialah program mengulang setiap hari selama 5 minggu, peserta perlu memilih tahap Juzu' tertentu. Manakala THQ-Lite pula peserta tentukan sendiri kekerapan sesi tasmi dalam 5 minggu.
Testimoni Peserta THQ
Mawaddah
Teruskan program yang sangat baik Ini kerana agar dapat membantu lebih ramai para huffaz di luar sana.Zulaikha
Semoga Allah membalas jasa kalian atas usaha ini.Rayyan
Selepas hampir 4 tahun tamat degree, ini lah bulan paling banyak murajaah Al Quran.Umamah
Semoga Allah memberkati team THQ atas asbab bantu para Hafiz dan Hafizah murajaah Al-Quran 🤲🏻Badrul